Heavy Chiffon Terbaik Untuk Instant Shawl

JENIS-JENIS KAIN CHIFFON


Biasanya kain Chiffon diperbuat daripada sutera, kapas dan sintetik fiber. Chiffon mempunyai tekstur yang lembut, beralun dan ringan. Chiffon sesuai dibuat tudung, instant shawl, gaun, riben, pakaian dalam, pakaian tradisional dan moden. Oleh kerana sifatnya yang tembus cahaya (transperent) biasanya Chiffon dilapisi dengan kain pelapik (lining) sama ada dari kain satin atau kain lapisan dalam yang lain.



Teksturnya yang lembut juga didatangi dengan satu warna, gabungan 2 atau lebih warna sama ada terang atau lembut. Antara jenis chiffon di pasaran.

 

Chiffon Sutera - Yang Termahal
Menjadi pilihan untuk tudung dan shawl kerana dilhat dari segi keselesaan kepada pemakainya dan juga berkualiti. Harganya agak mahal dan memerlukan penjagaan yang lebih rapi dan cuciannya memerlukan cucian kering/dry-clean. Hasil buatannya halus dan diminati ramai.


Chiffon Goldline - Mahal
Hasil buatanya halus dan teliti. Harganya agak mahal tetapi tetap diminati ramai.


Jenis Kain Chiffon
Heavy Chiffon - Sederhana Mahal
Kain lebih tebal dan kurang tembus cahaya berbanding kain chiffon biasa. Kain ini kelihatan eksklusif dan tidak mudah renyuk. Memang sesuai untuk instant shawl untuk majlis keraian, ke pejabat dan juga untuk santai.


Chiffon Georgette - Murah dan Berpatutan
Fabrik ini adalah gabungan fabrik chiffon dan georgette.  Menjadi pilihan ramai kerana lebih mudah dari segi penjagaan dan juga dari segi bajet ianya lebih murah berbanding chiffon sutera. Penjagaannya mudah dan boleh dicuci dengan air.


Chiffon Plain - Murah
Menjadi pilihan kepada mereka yang tidak suka corak pada kain. Kadangkala kain ini agak ringan dan mudah renyuk.


Chiffon Bercetak (Printed Chiffon) - Berpatutan
Mempunyai  motif bercetak dengan pelbagai jenis corak bunga dan abstrak.


Chiffon Paisley
Mempunyai motif bercorak paisley.


Chiffon Tribal - Bergantung Pada Jenis Kain Untuk Harga
Mempunyai motif bercorak tribal. Ada juga chiffon yang lain seperi Viscose Chiffon, Polyester Chiffon, Silk Chiffon, Cerutti Chiffon, Paris Chiffon, Crepe Chiffon dan Blend Chiffon. Ada juga yang didatang khas  bersama kain pelapik (lining), bertatah batu dan juga bermanik.